Thursday, May 16, 2019

Haramnya Cinta Menemui Anda Tahun 2020



       IF Productions dan Ikram Teens Tanah Merah - Machang telah mengeluarkan teaser poster filem pendek terbaharu mereka iaitu Haramnya Cinta. Filem pendek arahan Tuan Muhammad Yusri ini akan menemui orang awam melalui siarannya di Youtube dan Facebook pada April 2020. 
Haramnya Cinta akan mengetengahkan isu LGBT yang kian menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia.Pengambaran bagi Haramnya Cinta dijangka akan bermula pada Julai 2019 sehingga September 2019 . Pengambaran akan mengambil tempat di sekitar Pekan Machang.
       Filem pendek ini akan dibintangi Aqeef U9, Aizad Galah, Alif Nasuha, Eizinaz, Amalin Aisya, Syaniem Rokman, Hafizuddin Hashim, Amirul Fahmi dan ramai lagi. Kebanyakan pelakon adalah dari kalangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sanggup meluangkan sedkit masa belajar mereka bagi menjayakan projek dakwah tahunan Ikram Teens Tanah Merah - Machang ini.




Friday, May 3, 2019

Sudah Serik Dibuli... - Ikmal Fahmi

       Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
       Ikmal Fahmi merupakan mangsa buli di sekolah rendah. Dia dibuli dengan pelajar senior. "Ada berlaku sedikit pertelingkahan antara saya dan si A", kata Ikmal Fahmi . Namun si A bertindak melampau dengan beberapa kali mengganggu dia di kelasnya dengan keberadaannya. Yang memburukkan lagi keadaan ialah Ikmal Fahmi disatukan dengan si A dalam satu kelab bola baling. Semenjak dipukulkan bola kepadanya pada bahagian muka secara sengaja atau tidak sengaja telah menyebabkan dia  fobia dengan bola. "Saya juga hilang minat untuk bersukan kerana si A", luah Ikmal Fahmi. Minggu berikutnya, dia tidak hadir ke aktiviti sukan dan permainan sehingga minggu-miggu berikutnya sampailah akhir tahun tersebut.
      Selanjutnya, Ikmal Fahmi telah mengadukan kepada ibunya tentangnya dibuli namun ibunya bertindak acuh tak acuh. Ibunya tidak mengambil tindakan yang serius. "Keadaan menjadi lebih rumit apabila si A merupakan jiran  kepada sepupu saya. Saya  rasa terganggu ketika berkunjung ke rumah sepupu saya", kata Ikmal Fahmi
       Selain itu, Di sekolah, Ikmal Fahmi juga dibuli dari segi mental. Si B melemparkan kata-kata yang menyebabkan Ikmal Fahmi hilang keyakinan diri dan hilang identiti diri. "Eh kau ni suara macam perempuan", Ikmal Fahmi mengajuk kata-kata Si B. Si C pula berkata kepada kawannya, "Fahmi ni budak paling lembut kat sekolah". Di rumah pula, kakak dan ibu kepada Ikmal Fahmi melemparkan kata-kata yang berkaitan identiti dirinya sehingga dia hilang keyakinan diri dan identiti diri. "Sudah serik dibuli", keluhnya.

Thursday, May 2, 2019

Syaniem Rokman Seorang Warden Asrama?...



      Syaniem Rokman sudah bersedia untuk memegang watak sebagai Teacher Zaza iaitu seorang warden asrama dalam filem pendek "Haramnya Cinta". Gadis berusia 19 tahun ini sanggup untuk berlakon walaupun sibuk dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Syaniem Rokman dan rakan-rakan seperjuangan bakal menghadapi peperiksaan penggal 2 STPM pada 8 Mei akan datang.
       
      Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar   iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019.



Wednesday, May 1, 2019

Kenali Gadis Cantik, Amalin Aisya

     Amalin Aisya merupakan seorang gadis berusia 17 tahun. Dia akan membintangi filem pendek "Haramnya Cinta". Dia akan memegang watak sebagai Cik Dayah iaitu seorang kaunselor yang akan memberi sesi kaunseling kepada watak utama iaitu Nazmi yang akan dilakonkan oleh Aqeef U9. Walaupun, sibuk dengan persiapan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amalin Aisya sanggup meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama menjayakan projek dakwah Ikram Teens Tanah Merah - Machang.
       Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar   iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.


Friday, April 26, 2019

Aizad Galah Difitnah Gay?


      Aizad Galah bakal memegang watak sebagai Nazrin dalam filem pendek "Haramnya Cinta". Nazrin merupakan seorang remaja yang berusia 19 tahun yang difitnah sebagai gay. Walaupun sibuk dengan persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aizad Galah tidak menolak tawaran untuk berlakon. Dia akan berlakon bersama Eizinaz, Amalin Aisya dan ramai lagi.
        Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar   iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.


Nor Farhan akan Menyanyikan Lagu Tema "Haramnya Cinta".


       Norfarhan atau nama sebenarnya Norfarhan bin Yuseri bakal menyanyikan sebuah lagu sebagai lagu tema filem pendek "Haramnya Cinta". Norfarhan yang merupakan seorang penuntut di Politeknik Kota Bharu (PKB) telah mengesahkan untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu tema "Haramnya Cinta".
      Jejaka yang berusia 20 tahun ini sedang sibuk dengan pengajiannya dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Dia dijangka akan menamatkan pengajiannya pada tahun hadapan. Dia juga sedang sibuk dengan urusan perpindahan keluarganya ke negeri Pahang.

Eizinaz Bakal Berlakon dalam "Haramnya Cinta"!

   
       Eizinaz atau nama sebenarnya Mohammad Nor Amzar Aziz Bin Nadzri telah mengesahkan penglibatannya dalam Filem Pendek yang bertajuk "Haramnya Cinta" iaitu sebuah filem pendek IF Productions dengan kerjasama Ikram Teens Tanah Merah-Machang. Calon  SPM 2019 dari SMK Machang ini bakal memegang watak sebagai Zulhairi.  Dia akan berlakon  bersama Aizad Galah, Amalin Aisya dan ramai lagi.
    Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar STPM iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.