Syaniem Rokman sudah bersedia untuk memegang watak sebagai Teacher Zaza iaitu seorang warden asrama dalam filem pendek "Haramnya Cinta". Gadis berusia 19 tahun ini sanggup untuk berlakon walaupun sibuk dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Syaniem Rokman dan rakan-rakan seperjuangan bakal menghadapi peperiksaan penggal 2 STPM pada 8 Mei akan datang.
Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019.
No comments:
Post a Comment