Wednesday, May 1, 2019

Kenali Gadis Cantik, Amalin Aisya

     Amalin Aisya merupakan seorang gadis berusia 17 tahun. Dia akan membintangi filem pendek "Haramnya Cinta". Dia akan memegang watak sebagai Cik Dayah iaitu seorang kaunselor yang akan memberi sesi kaunseling kepada watak utama iaitu Nazmi yang akan dilakonkan oleh Aqeef U9. Walaupun, sibuk dengan persiapan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amalin Aisya sanggup meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama menjayakan projek dakwah Ikram Teens Tanah Merah - Machang.
       Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar   iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.


No comments:

Post a Comment