Thursday, May 16, 2019

Haramnya Cinta Menemui Anda Tahun 2020



       IF Productions dan Ikram Teens Tanah Merah - Machang telah mengeluarkan teaser poster filem pendek terbaharu mereka iaitu Haramnya Cinta. Filem pendek arahan Tuan Muhammad Yusri ini akan menemui orang awam melalui siarannya di Youtube dan Facebook pada April 2020. 
Haramnya Cinta akan mengetengahkan isu LGBT yang kian menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia.Pengambaran bagi Haramnya Cinta dijangka akan bermula pada Julai 2019 sehingga September 2019 . Pengambaran akan mengambil tempat di sekitar Pekan Machang.
       Filem pendek ini akan dibintangi Aqeef U9, Aizad Galah, Alif Nasuha, Eizinaz, Amalin Aisya, Syaniem Rokman, Hafizuddin Hashim, Amirul Fahmi dan ramai lagi. Kebanyakan pelakon adalah dari kalangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sanggup meluangkan sedkit masa belajar mereka bagi menjayakan projek dakwah tahunan Ikram Teens Tanah Merah - Machang ini.




No comments:

Post a Comment