Friday, April 26, 2019
Eizinaz Bakal Berlakon dalam "Haramnya Cinta"!
Eizinaz atau nama sebenarnya Mohammad Nor Amzar Aziz Bin Nadzri telah mengesahkan penglibatannya dalam Filem Pendek yang bertajuk "Haramnya Cinta" iaitu sebuah filem pendek IF Productions dengan kerjasama Ikram Teens Tanah Merah-Machang. Calon SPM 2019 dari SMK Machang ini bakal memegang watak sebagai Zulhairi. Dia akan berlakon bersama Aizad Galah, Amalin Aisya dan ramai lagi.
Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar STPM iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada tahun 2020.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment