Friday, April 26, 2019
Aizad Galah Difitnah Gay?
Aizad Galah bakal memegang watak sebagai Nazrin dalam filem pendek "Haramnya Cinta". Nazrin merupakan seorang remaja yang berusia 19 tahun yang difitnah sebagai gay. Walaupun sibuk dengan persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aizad Galah tidak menolak tawaran untuk berlakon. Dia akan berlakon bersama Eizinaz, Amalin Aisya dan ramai lagi.
Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada tahun 2020.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment