Wednesday, April 24, 2019

Aqeef U9 Bakal Membintangi Sebuah Filem Pendek ?


      Aqeef U9 masih dalam perbincangan untuk menyertai projek dakwah yang dikendalikan oleh Ikram Teens Tanah Merah - Machang iaitu filem pendek yang bertajuk "Haramnya Cinta". Aqeef U9 dijangka memegang watak Nazmi iaitu seorang pelajar SPM yang terlibat dalam hubungan sejenis atau gay.
      Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar STPM iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020. Dalam masa terdekat ini,  cerpen "Haramnya Cinta" yang ditulis sepenuhnya oleh Ikmal Fahmi akan dikeluarkan di platform wattpad.com dan akan disusuli dengan filem pendek pada tahun 2020 nanti.








No comments:

Post a Comment