Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Ikmal Fahmi merupakan mangsa buli di sekolah rendah. Dia dibuli dengan pelajar senior. "Ada berlaku sedikit pertelingkahan antara saya dan si A", kata Ikmal Fahmi . Namun si A bertindak melampau dengan beberapa kali mengganggu dia di kelasnya dengan keberadaannya. Yang memburukkan lagi keadaan ialah Ikmal Fahmi disatukan dengan si A dalam satu kelab bola baling. Semenjak dipukulkan bola kepadanya pada bahagian muka secara sengaja atau tidak sengaja telah menyebabkan dia fobia dengan bola. "Saya juga hilang minat untuk bersukan kerana si A", luah Ikmal Fahmi. Minggu berikutnya, dia tidak hadir ke aktiviti sukan dan permainan sehingga minggu-miggu berikutnya sampailah akhir tahun tersebut.
Selanjutnya, Ikmal Fahmi telah mengadukan kepada ibunya tentangnya dibuli namun ibunya bertindak acuh tak acuh. Ibunya tidak mengambil tindakan yang serius. "Keadaan menjadi lebih rumit apabila si A merupakan jiran kepada sepupu saya. Saya rasa terganggu ketika berkunjung ke rumah sepupu saya", kata Ikmal Fahmi
Selain itu, Di sekolah, Ikmal Fahmi juga dibuli dari segi mental. Si B melemparkan kata-kata yang menyebabkan Ikmal Fahmi hilang keyakinan diri dan hilang identiti diri. "Eh kau ni suara macam perempuan", Ikmal Fahmi mengajuk kata-kata Si B. Si C pula berkata kepada kawannya, "Fahmi ni budak paling lembut kat sekolah". Di rumah pula, kakak dan ibu kepada Ikmal Fahmi melemparkan kata-kata yang berkaitan identiti dirinya sehingga dia hilang keyakinan diri dan identiti diri. "Sudah serik dibuli", keluhnya.