Friday, April 26, 2019

Aizad Galah Difitnah Gay?


      Aizad Galah bakal memegang watak sebagai Nazrin dalam filem pendek "Haramnya Cinta". Nazrin merupakan seorang remaja yang berusia 19 tahun yang difitnah sebagai gay. Walaupun sibuk dengan persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aizad Galah tidak menolak tawaran untuk berlakon. Dia akan berlakon bersama Eizinaz, Amalin Aisya dan ramai lagi.
        Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar   iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.


Nor Farhan akan Menyanyikan Lagu Tema "Haramnya Cinta".


       Norfarhan atau nama sebenarnya Norfarhan bin Yuseri bakal menyanyikan sebuah lagu sebagai lagu tema filem pendek "Haramnya Cinta". Norfarhan yang merupakan seorang penuntut di Politeknik Kota Bharu (PKB) telah mengesahkan untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu tema "Haramnya Cinta".
      Jejaka yang berusia 20 tahun ini sedang sibuk dengan pengajiannya dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Dia dijangka akan menamatkan pengajiannya pada tahun hadapan. Dia juga sedang sibuk dengan urusan perpindahan keluarganya ke negeri Pahang.

Eizinaz Bakal Berlakon dalam "Haramnya Cinta"!

   
       Eizinaz atau nama sebenarnya Mohammad Nor Amzar Aziz Bin Nadzri telah mengesahkan penglibatannya dalam Filem Pendek yang bertajuk "Haramnya Cinta" iaitu sebuah filem pendek IF Productions dengan kerjasama Ikram Teens Tanah Merah-Machang. Calon  SPM 2019 dari SMK Machang ini bakal memegang watak sebagai Zulhairi.  Dia akan berlakon  bersama Aizad Galah, Amalin Aisya dan ramai lagi.
    Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar STPM iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020.



Wednesday, April 24, 2019

Aqeef U9 Bakal Membintangi Sebuah Filem Pendek ?


      Aqeef U9 masih dalam perbincangan untuk menyertai projek dakwah yang dikendalikan oleh Ikram Teens Tanah Merah - Machang iaitu filem pendek yang bertajuk "Haramnya Cinta". Aqeef U9 dijangka memegang watak Nazmi iaitu seorang pelajar SPM yang terlibat dalam hubungan sejenis atau gay.
      Filem pendek "Haramnya Cinta" mengisahkan seorang pelajar STPM iaitu Nazrin yang difitnah sebagai gay dalam masa yang sama dinyatakan cinta kepadanya oleh seorang pelajar lelaki iaitu Nazmi. Namun dia menolak cinta tersebut. Dapatkah Nazrin membantu Nazmi untuk keluar dari penjara cinta sejenis? 'Haramnya Cinta" dijangka akan menjalankan penggambaran antara bulan Julai hingga September 2019. Filem pendek ini akan dikeluarkan di Youtube dan Facebook IF Productions pada  tahun 2020. Dalam masa terdekat ini,  cerpen "Haramnya Cinta" yang ditulis sepenuhnya oleh Ikmal Fahmi akan dikeluarkan di platform wattpad.com dan akan disusuli dengan filem pendek pada tahun 2020 nanti.