Thursday, July 26, 2018

Pemain Taekwondo Negeri Kelantan Membintangi "Sahabat Ke Syurga".

Sumber : IF Productions (Fotografer: Syed Hamidi)

       Pemain taekwondo negeri Kelantan Saiful Nasri secara sukarela menyertai projek Filem Pendek "Sahabat ke Syurga". Filem pendek ini merupakan sebuah projek yang dicetusan oleh Ikram Teens Machang- Tanah Merah dengan kerjasama IF Productions dan Aizad Video Creator. Ini ialah salah satu cara untuk beliau selaku ahli Ikram Teens Machang -Tanah Merah menyumbang tenaga menyokong program-program yang dianjurkan oleh Pertubuhan tersebut. Remaja berusia 19 tahun ini sedang meneruskan kareernya sebagai pemain taekwondo sepenuh masa. Beliau dijangka akan  mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) September ini. 


Logo Sukan Malaysia (SUKMA). Sumber : http://sukma2018.perak.gov.my/


Sumber  IF Productions


      Sahabat Ke Syurga mengisahkan seorang remaja iaitu Faiz Rosli yang merupakan siswa di unversiti. Dia menjalani kehidupannya sama sepert remaja lain. Ada kalanya dia dalam kesusahan dan tanpa sengaja melakukan kesilapan. Di situlah sahabat sebenar akan berada di sisi. Sejauh manakah persahabatan Faiz dengan rakan-rakannya? Saksikan Sahabat Ke Syurga dalam masa terdekat.

       Filem pendek hasil penulisan skrip oleh Akmal Hakim dan arahan Tuan Muhammad Yusri bakal ditayangkan di laman Facebook IKRAM TeeNs Machang - Tanah Merah. dan laman Youtube IKRAM Teens Machang - Tanah Merah.


Ikuti perkembangan kami di sosial media rasmi Sahabat Ke Syurga seperti di bawah :

No comments:

Post a Comment