Tuesday, July 17, 2018

Filem Pendek "Sahabat Ke Syurga" Tayang Bulan Ogos.

Sumber : IF Productions

      Setelah mengeluarkan filem pendek #KuHanyaSayangPadaMu pada 18 Januari 2018. Ikram Teens Machang-Tanah Merah dengan kerjasama IF Productions akan mengeluarkan filem pendek yang bertajuk Sahabat Ke Syurga. Filem pendek ini akan turut dibantu oleh One Sport Futsal untuk lokasi penggambaran. Filem pendek ini akan berdurasi 10 sehingga 30 minit.

      Sahabat Ke Syurga mengisahkan seorang remaja iaitu Faiz Rosli yang tersasar daripada ajaran sebenar agama Islam. Dia menjauhkan diri dari sahabat -sahabatnya yang digelar “Sahabat Syurga”. Faiz mula berjinak-jinak dengan maksiat setelah berkenalan dengan rakan-rakan futsalnya yang bermasalah. Semakin hari, kehidupannya semakin berubah. Sejauhmanakah Faiz terleka dengan dunia? Saksikan Sahabat Ke Syurga dalam masa terdekat.

       Filem pendek hasil penulisan skrip oleh Akmal Hakim dan arahan Tuan Muhammad Yusri bakal ditayangkan di laman Facebook IKRAM TeeNs Machang - Tanah Merah. dan laman Youtube IKRAM TeeNs Machang - Tanah Merah.


Ikuti perkembangan kami di sosial media rasmi Sahabat Ke Syurga seperti di bawah :

No comments:

Post a Comment