Saturday, March 9, 2019

Hero dari Kelantan - Aqeef U9

Aqeef U9 di acara Mr Hero Kelantan pada Februari 2019.



     Aqeef U9 atau nama sebenar beliau Nik Aqeef Daniel Bin Nik Azam merupakan guitaris kumpulan U9 Band . Beliau dilahirkan pada 4 September 2002 di Kota Bharu, Kelantan. U9 Band telah muncul dengan single pertama yang berjudul Bukan Milikku pada tahun 2017. Kumpulan ini dianggotai 5 orang ahli kumpulan.

Aqeef U9 bersama anggota kumpulan U9 Band 
      Selain aktif bersama kumpulan U9 Band, Aqeef U9 yang berusia 16 tahun ini juga giat meluaskan bakat seninya dalam bidang lakonan pada tahun 2019. Beliau membintangi telefilem Dilema yang ditayangkan di TV9 dan drama Plan Cinta yang ditayangkan sebanyak 20 episod di TV3. Walaupun, hanya sekadar berlakon watak pembantu, bakat lakonan beliau begitu terserlah.

Aqeef U9 dalam drama Plan Cinta

Aqeef U9 dalam telefilem Dilema



      Pada Februari 2019, selebriti kelahiran negeri Che Siti Wan kembang ini berpeluang menjadi finalis Mr Hero Kelantan. Beliau berjaya meraih tempat keempat mengatasi beberapa pesaing yang hebat-hebat semuanya.

Aqeef U9 sebagai finalis Mr Hero Kelantan.
     Kini Aqeef U9 sedang fokus untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas membuat pertukaran sekolah  dari Sekolah Seni Kuala Lumpur ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 yang terletak di kampung halamannya iaitu di Machang, Kelantan.


Aqeef U9 kelihatan gembira di sekolah baharu beliau, SMK Hamzah 2, Machang, Kelantan.


No comments:

Post a Comment